Assalamu'alaikum... hai semua! ^_____________^
Alhamdulillah, akhirnya pada hari ini, berjaya juga saya lancarkan blogshop saya selepas bertekad sejak tahun lepas. (Eceh, bunyi macam dah lama rancang, kan? Hahaha!)
Blogshop ini dibuka kerana saya mahu 'berkongsi' (ehem, tentulah maksudnya itu adalah menjual) apa-apa sahaja, maksudnya, APA-APA SAHAJA yang saya rasakan comel, termasuklah kalau saya rasa ia cantik, jelita, menawan dan rupawan segala pun boleh. Bukan sekadar shawl, tetapi sebagai permulaan ini, saya mulakan dengan shawl kerana buat masa ini, fenomena shawl comel dan cantik memang sedang panas~.
Namun pada hari ini, saya mulakan dengan shawl yang pernah saya pakai sebelum ini, ataupun yang sudah lama saya beli tetapi tidak pernah memakainya. Kira clear out wardrobe gitu.
Prinsip saya mudah, saya jujur dengan kalian (para pelanggan), dan saya mahu kalian (para pelanggan) jujur dengan saya. Memandangkan saya melakukan bisnes ini secara sampingan kerana modal awalan yang kecil, sebarang penipuan amatlah tidak comel. Kita sama-sama ingat, Allah itu ada. Okey ya? ^__________^
Okeylah. Di blog ini saya tidak mahu membebel panjang. Ini entri pertama dan entri pengenalan. Selepas ini saya terus tempek gambar dan sedikit pengenalan sahaja, hehe.
Selamat melihat-lihat, seterusnya membeli-belah, dan insya-Allah, saya akan cuba jadikan blogshop ini dipenuhi barangan yang comel kelak.
Jumpa lagi!
- Husna @ Sna -
0 Si Comel:
Post a Comment